Kawan-kawan setia

Jumaat, 25 Julai 2008

Pendirian PAS: Isu Bahasa Jalan di Pulau Pinang

PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid."Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."Dr Mujahid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah bahasa-bahasa Cina, Inggeris dan Tamil di papan-papan tanda jalan dan bangunan di bandar raya itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Lagipun sejarah budaya pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan. "Oleh itu tidak perlu untuk menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Chow semalam dilaporkan berkata kerajaan negeri, yang dipimpin oleh DAP dan PKR, bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan, selepas mendapat desakan Gerakan awal minggu ini.Mengulas kontroversi panas isu dialog sulit PAS-Umno seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mujahid menyalah presiden Umno kerana "membocorkan maklumat" kepada media. "Muzakarah Umno-PAS peluang terbaik Abdullah untuk dilihat ‘bersinar’ sedikit dalam kesuraman politiknya. "Abdullah juga dilihat terdesak untuk manipulasi isu muzakarah Umno-PAS dengan ‘membocorkan’ maklumat-maklumat pertemuan seolah-olah hubungan telah sampai ke tahap yang serius antara kedua-dua parti, sedangkan pertemuan antara parti-parti politik adalah perkara lumrah," katanya. Tambahnya, DAP bertemu dengan perdana menteri untuk kepentingan Pulalu Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Abdullah dalam kemelutnya didakwa meliwat, "maka apa istimewanya PAS bertemu dengan Abdullah?" "Melainkan ia disensasikan untuk kepentingan survival Abdullah," kata Dr Mujahid. "Soal muzakarah tidak pernah timbul pun, ia hanya manipulasi perkataan supaya ahli PAS menjadi keliru, yang berlaku hanyalah pertemuan biasa (muqabalah) yang menjadi hak PAS untuk berjumpa dengan sesiapa yang dirasakan perlu. "Apa yang dikesali ialah sikap Umno yang menangguk di air keruh dalam niat ikhlas PAS untuk bertemu dan mengemukakan hal-hal untuk kepentingan nasional."

Tiada ulasan: