Kawan-kawan setia

Ahad, 6 Julai 2008

Peralihan isu utama

Rata-rata rakyat kini tidak lagi membincangkan keperitan hidup seharian akibat kenaikan minyak, tidak lagi memperkatakan kesedihan mangsa ISA, yang diperkatakan orang terbanyak kini adalah isu liwat, isu Altantuya, isu bersumpah, fokus asal sudah lari. Mengapa begitu senang rakyat kita diperdaya. Dalam kes utama sekarang isu kenaikan minyak adalah isu survival rakyat menghadapi tekanan hidup yang dihasilkan oleh kenaikan harga barangan keperluan. Pihak kerajaan kini amat selesa kerana tekanan utama yang dihadapainya iaitu kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan mulai reda, seolah rakyat telah terima dan rela dengan langkah kerajaan menaikkan minyak sehingga 41%. Maka jangan terkejut jika akan datang lagi kenaikan beberaa peratus minyak dalam keadaan rakyat terleka ini, dan rakyat hanya mampu menerima apa saja. Protes terhadap ketidakpuasan sesetengah golongan rakyat yang prihatin tidak mendapat sokongan sewajarnya. Rakyat tetap leka dibuai isu sensasi yang di ada-adakan.
Begitu juga dengan isu mangsa ISA seperti yang terjadi terhadap keluarga Shahrial Sirin. walaupun Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memisahkan seseorang, maka dia bukan daripada golonganku."Hadis sohih riwayat at-Tabarani daripada Ma'qal Bin Yasar, sabda baginda lagi: "Sesiapa yang memisahkan ibu daripada anaknya, maka Allah akan pisahkan (orang yang bertindak demikian) antara dia dengan seluruh anggota yang dikasihinya pada hari kiamat." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Ayyub, namun ISA tidak peduli itu semua. Ketegasan Islam terhadap perbuatan memisahkan antara seseorang dan orang yang dikasihinya (ahli keluarga seperti isteri, suami, anak-anak) yang dianggap satu tindakan kejam dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah, sebab itu baginda tidak memperakui sebagai umatnya pada hari kiamat. Inilah yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara yang berorientasikan Sekularisme yang bertindak zalim ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti kukuh yang disabitkan oleh mahkamah. Shahrial Sirin seorang tahanan ISA yang masuk tahun ketujuh yang tidak sempat melihat anaknya Almarhumah Aina Mardiah Shahrial buat kali terakhir sebelum menghembuskankan nafasnya di Hospital Kajang kerana tindakan birokrasi yang menghalang ketibaan Shahrial tepat pada waktunya. Sudahlah beliau ditahan selama tujuh tahun yang sudah lama terpisah dengan keluarga termasuk isteri dan anak-anak, malah tidak berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir (ketika sedang nazak) sebagai penghormatan kasih sayangnya terakhir. Apapun kepada pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan itu dengan menahan mangsa tanpa bukti, malah tidak disabitkan kesalahan mereka di mahkamah, mereka akan menjadi golongan yang muflis pada hari akhirat.

Tiada ulasan: