Kawan-kawan setia

Khamis, 10 Julai 2008

Wabak NAFI




Rosmah nafi tuduhan
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan satu kes bunuh dalam akuan berkanun yang dibuat seorang pengendali laman blog. Katanya tiada apa lagi yang perlu dikatakan kerana beliau sudah memberikan keterangan kepada polis. “Tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya sudah beri kenyataan kepada polis. Itu sahaja,” katanya semasa diminta mengulas dakwaan itu oleh pemberita selepas beliau merasmikan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia Pasifik 2008, di sini. Pengendali blog Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin, dalam akuan berkanun yang disiarkan dalam laman webnya baru-baru ini, mendakwa Rosmah adalah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian apabila mayat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diletupkan dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.

Najib nafi terbabit
kUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pembantu bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Najib turut menafikan dakwaan yang beliau turut terbabit dalam mengancam keselamatan Anwar. “Kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah mengancam nyawanya (Anwar) dan tidak terbabit dengan sebarang perbuatan mengugut atau mencederakan ahli politik di Malaysia. “Kita tidak bercadang berbuat demikian. Itu bukan amalan kerajaan BN,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

Menteri nafi kenal Saiful
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, menafikan mengenali Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua menteri juga berkata, foto tersiar dalam satu blog di Internet yang memaparkan masing-masing bergambar bersama pemuda itu tidak kaitan dengan kes Anwar kerana gambar itu sebahagian daripada ribuan foto yang diambil bersama rakyat ketika bertugas.

Shahrir nafi Kerajaan wujudkan konspirasi babitkan Anwar

01-07-2008 04:35:28 PM KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menolak andaian bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mengadakan konspirasi bagi membunuh karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata adalah tidak berasas untuk mengaitkan sebuah kerajaan membuat perancangan yang tidak berasas seperti itu hingga menyebabkan pelbagai dakwaan dilemparkan kepada pemimpin BN. "Saya tak pasti ini konspirasi siapa dan saya tak mengetahui apa yang berlaku... selama ini kerajaan dituduh tidak efisien menjalankan pentadbirannya tetapi tibatiba pula dikatakan begitu bagus mengadakan konspirasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Isu konspirasi terhadap Anwar itu timbul selepas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis Sabtu lepas mendakwa pemimpin pembangkang itu meliwatnya

Hishammuddin nafi Strategi Anwar menjadi kenyataan01-07-2008 07:48:38 PM
KUALA LUMPUR: Strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi rakyat agar bersimpati terhadapnya kerana kononnya menjadi mangsa konspirasi politik tidak akan menjadi, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Apa yang dibangkitkan Anwar mengenai soal keselamatan adalah tidak munasabah dan tidak berasas. Orang ramai perlu melihat ketelusan, kebebasan, keterbukaan dan toleransi yang dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), jadi tuduhan Anwar tidak boleh diterima langsung. "Sebelum ini, beliau bebas ke mana-mana, tiada sekatan langsung dan keselamatannya terjamin," kata Hishammuddin kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar mengenai keselamatannya terancam sehingga terpaksa bersembunyi di kediaman Duta Turki di sini.

Anwar tidak perlu takut disiasat jika tak bersalah - Syed Hamid

01-07-2008 05:41:12 PM KLUANG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berasa takut untuk berhadapan dengan siasatan polis berhubung dakwaan liwat terhadapnya jika beliau tidak bersalah. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, menjadi tugas polis untuk melindungi rakyat dan menyiasat setiap laporan yang diterimanya tanpa mengira latar belakang dan kedudukan seseorang. "Apabila (seseorang) buat laporan, tidak kiralah berapa tinggi pangkat, terkenal atau (apa) hubungannya dengan negara luar, kita kena siasat untuk mencapai keadilan dan rakyat berasa selamat dan terlindung. "Sama ada ia (laporan polis) betul atau tidak, terpulang kepada siasatan polis. Jikalau (Anwar) tidak buat, apa yang hendak takut," katanya kepada pemberita selepas melawat Penjara Simpang Renggam di sini hari ini, ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh seorang bekas pembantu peribadi Anwar pada Sabtu lepas mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu di sebuah kondominium mewah di Damansara.

Tiada ulasan: