Kawan-kawan setia

Ahad, 27 Julai 2008

Serangan balas MB Terenganu? - siasat projek mega kerajaan Idris dahulu

Setelah berminggu isu mercedes nampaknya menuju ke garisan penamat dengan arahan terakhir dari PM supaya menggunakan kereta Proton Perdana bukan 14 mercedes. Saya tak pernah memiliki Proton Perdana tetapi pernah berminat memilkinya berdasarkan penglihatan mata kasar boleh dikatakan anggun juga. Sebelum membelinya saya meminta pendapat sahabat-sahabat yang sudah menggunakan Proton Perdana dan jawapannya mengejutkan. 2 orang memberitahu saya kereta Proton Perdana milik mereka terbuka bonet depan semasa memandu laju di lebuhraya, nasib baik tidak berkau apa-apa lebih dari itu, beberapa orang mengadu masaalah gear, masaalah stereng macam nak tercabut walaupun baru dibeli. Masalahnya bukan sahaja kos penyelengaraan tinggi seperti kata Dato Ahmad Said, tetapi susah terpaksa menunggu berminggu-minggu kerana tak ada spare part, kena order?. Jawapan-jawapan tersebut membuatkan saya terus mengambil keputusan kansel Proton Perdana dan ambil kereta lain. Jadi berbalik kepada usaha MB Terengganu mempertahankan isu pembelian 14 buah mercedes yang dikatakan membazir, Ahmad Said juga meminta kerajaan pusat menyiasat kos projek mega di Terengganu iaitu pembinaan masjid kristal dan program tahunan monsun cup (Taman Tamadun Islam juga ke?). Beliau meminta kerajaan mengambil langkah tegas dengan mengkaji dan menyiasat pelbagai projek kerajaan terengganu sebelum ini samada yang biasa atau mega yang melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah. Dengan cara inilah salah satu usaha kerajaan untuk membenteras masalah rasuah yang amat berleluasa. Kita pernah dikejutkan dengan satu tender kerajaan yang melibatkan sebuah sekolah dimana kosnya bernilai 6.4 juta jika tendernya dibuat secara terbuka tetapi bila tender tertutup ianya menjangkaui sehingga 20 juta lebih. Sudah sampai masanya kerjaan melakukan usaha secara besar-besaran bagi membenteras rasuah yang telah bermaharajalela sejak kita merdeka lagi.

Tiada ulasan: