Kawan-kawan setia

Ahad, 13 Julai 2008

Siksanya ke KL hari ini (13Julai 2008)






Memang menyeksakan. Dari Bangi hingga ke TOL Sungai Besi, memang laju, jadi bajet saya untuk sampai kedestinasi seperti dijadualkan di Bangsar InsyaAllah dalam kawalan. Namun sangkaan saya meleset jauh, selepas sahaja membayar tol RM1.80, baru perasan, kenderaan di hadapan dah tak bergerak, budak-budak kata jem gila. Saya kesal dalam hati, kenapalah PLUS ni tiada langsung mesra pengguna, bagi lah info sikit kepada pelanggan, seperti mana syarikat-syarikat lain buat bahkan agensi kerajaan yang dikenali dulu sebagai lembap pun sekarang dah berubah, lebih efisyen, inikan pula sebuah syarikat swasta yang mempunyai beribu-ribu pelanggan, terbitkanlah info sikit, contohnya bila pelanggan sampai di Tol masuk "encik, jalan selepas tol Sungai Besi sedang mengalami kesesakan teruk, kalau encik membuat perjalanan ke KL encik boleh ambil laluan pilihan melalui BESRAYA atau alternatif lain". Apa yang berlaku ialah PLUS menyediakan alternatif selepas membayar tol di Sungai Besi, jadi sahlah PLUS ni memang lintah darat, tiada persaan membantu rakyat bahkan kalau boleh mahu cekik pelanggan sehabis-habisnya. Dipendekkan cerita. selepas hampir sejam merangkak-rangkak tibalah kepenghujungnya maka terselahlah satu lagi penyebab, ROAD BLOK Polis...itu rupanya. Jadi temujanji saya dengan pelanggan jam 10pagi dilewatkan ke jam 11pagi. Itupun kerana ada kemudahan telefon mudahalih, jika tidak saya kehilangan kepercayaan pelanggan hari itu.

Tiada ulasan: