Kawan-kawan setia

Ahad, 27 Julai 2008

UMNO hargai kesediaan Pas terus bermuzakarah

Nampaknya betul-betul UMNO mendambakan talian hayat yang sedang dihulurkan oleh PAS. Dalam media perdana hari ini rata-rata meletakkan tajuk PAS sedia bermuzakarah sebagai tajuk utama. Walaupun umum mengetahui PAS tidak berminat bermuzakarah dengan UMNO ketika ini kerana keikhlasan UMNO tak pernah ada. Kalau UMNO ikhlas membincangkan masaalah ummah, kenapa sekarang?, masa yang sangat kritikal bagi UMNO/BN mempertahankan kerajaan mereka dari diregut oleh Pakatan Rakyat. Dengan isu BN dan UMNO yang berlambak-lambak mengalahkan pasar lambak, umpama orang yang hampir lemas UMNO akan buat apa saja untuk survival politik dan kehidupan. Kebanyakan pimpinan UMNO dikelilingi dengan skandal, yang kalau BN jatuh dari kerajaan pusat tentu sekali skandal ini akan terdedah dengan maraknya. Inilah membuatkan pimpinan UMNO terus lemas, lalu merekacipta bermacam isu termasuk isu MUZAKARAH ini. UMNO menyambut baik kesediaan Pas untuk meneruskan muzakarah bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan ummah dan perpaduan orang Melayu di negara ini?, kita nak tanya bilakah UMNO begitu perihatin dengan masalah ummah. Contoh nyata, masih ingatkah bagaimana kerajaan Kelantan dikhianati, kerajaan PAS Terengganu dibelasah, Kerajaan PRKedah dibelasah oleh TV3, Kerajaan PR Selangor digoncang sekuat-kuatnya sehingga RTM sanggup memindahkan stesen Selangor FM dari bangunan SUK ketempat lain, begitu juga kerajaan PR Perak dan Penang. Tiba-tiba bila hayat BN tinggal beberapa saat UMNO sudah bagai nak gila canangkan tajuk MUZAKARAH.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata, pintu parti itu sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan Pas yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada orang Melayu dan Islam. Tetapi bagi saya kalau benar UMNO sudah insaf dan perihatin masaalah ummah dan agama, umno sendiri berubah dulu. UMNO kena minta maaf denganrakyat Malaysia semua kaum atas tindakan kejam BN selama ini. Kembalikan apa saja yang diregut kerajaan BN dari rakyat selama ini. Selesaikan isu-isu utama yang membelenggu kehidupan rakyat seperti kenaikan harga bahan bakar diesel dan petrol, PTPTN kepada biasiswa, penangkapan tanpa bicara ISA, rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaan, kos perubatan dan berbagai lagi.

Tiada ulasan: