Kawan-kawan setia

Khamis, 31 Julai 2008

Zukri Akasah memilih PAS

BANDAR JENGKA, 31 Julai - Bekas Pengarah Gerak Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) Pahang, Zukri Akasah 36, yang juga bekas Exco Angkatan Muda KeADILan semasa Ezam Mohd Nor menjadi ketua, mengambil keputusan untuk menjadi ahli PAS.
"Saya mengikut Ezam meninggal KeADILan dan menubuhkan Gerak tetapi bila Ezam menyertai Umno saya tarik brek lah," katanya.
Dilahirkan di Kuala Terengganu, kini beliau menetap di Kuantan, Pahang.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.
Zukri terlibat dalam runding cara latihan dan pengurusan semenjak tahun 2001 lagi. Dari segi profesionnya, Zukri menyandarkan kepada keahliannya dalam beberapa institut pengurusan antarabangsa, termasuklah Asian Institute of Management Science (AIMS) dan juga sebagai Board Member kepada Licensed International Financial Analyst (LIFA) dan International Research Association (the-ira.org).
Beliau juga sedang dalam proses mendaftarkan dirinya sebagai ahli kepada International High IQ Society (highiqsociety.org) setelah lulus ujian IQ kemasukan dengan skor 131.
Di samping sibuk dengan kerja hariannya, Zukri juga telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Latihan, Pembangunan Cawangan dan Pemasaran untuk Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Pahang.
Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis, hampir setiap keluaran akhbar lidah rasmi parti, Suara Keadilan (semasa di dalam parti itu) memuatkan tulisan-tulisan beliau.
Tulisan beliau juga biasa diterbitkan di dalam portal-portal berita internet seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Agenda Daily, Harakahdaily, juga oleh lain-lain laman web bebas.

Tiada ulasan: