Kawan-kawan setia

Sabtu, 30 Ogos 2008

10,000 tonton konsert Avril Lavigne

Malaysia Boleh, ungkapan keramat yang membolehkan Malaysia mengadakan apa saja, walaupun satu program lagho yang langsung tidak memberi faedah, bahkan dari pengalaman lalu pasti berlaku bermacam maksiat mengiringi konsert seperti ini. Penganjurnya memang tidak sensitif dengan majoriti rakyat Malaysia, timur, melayu, muslim, bahkan tetap berdegil walaupun banyak pihak cuba menghalang konsert ini yang secara sengaja dan maklum bahawa umat Islam sedang dalam persiapan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bahasa apa lagi yang perlu diucapkan kepada mereka ini, penganjur, pelulus dan penonton, mengundang dan merestui juga berhibur dengan seorang personaliti yang dimaklumi tidak berperibadi yang boleh dijadikan idola malah bercangggah sama sekali. Namun itulah dia berlangsung juga bahkan mendapat sambutan yang hebat sekali. Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia 08 ini telah berlangsung di Stadium Merdeka, malam tadi, yang diberitakan dibanjiri hampir 10,000 penonton terdiri dari penduduk negara ini juga negara jiran Singapura. Konsert yang hampir dibatalkan penganjurannya, ekoran sikap penganjur yang tidak prihatin apabila memilih tarikh konsert dua hari sebelum perayaan kemerdekaan yang ke-51 Ahad ini, dan tiga hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan menyebabkan permit persembahan hampir tidak dikeluarkan.

Tiada ulasan: