Kawan-kawan setia

Sabtu, 9 Ogos 2008

Anwar yakin tubuh k'jaan selepas 16 Sept

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tidak perlu lagi "takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang sewenang-wenangnya."Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.Anwar juga mendakwa, perbicaraan ke atasnya adalah bermotifkan politik dan "dengan izin Allah merupakan yang terakhir".Mantan timbalan perdana menteri itu juga yakin Pakatan Rakyat akan mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi pada 16 September depan untuk mengambil alih kerajaan.Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli parlimen BN telah memberikan jaminan kepadanya.Sebelum ini, mantan timbalan perdana menteri berkata, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pakatan pada tarikh tersebut.Bercakap dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar juga yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.Semalam, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu
Petikan Malaysiakini 080808

Tiada ulasan: