Kawan-kawan setia

Ahad, 3 Ogos 2008

Apa yang peliknya menemani Anwar membuat kunjungan ke luar negara?

Dengan mempergunakan kemudahan penulisan dalam internet, Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah menemani Ketua Umum PKR, DS Anwar dalam tiga kunjungan ke luar negeri tahun ini. Dalam blognya semalam, bekas pembantu sementara mantan TPM itu menyatakan, dia telah menemani Anwar ke Hong Kong awal bulan Mei lalu, Bangkok pada hujung bulan yang sama, dan ke Singapura pada 16 hingga 18 Jun. Saiful mendedahkan butiran terperinci tentang kunjungannya ke luar negara selepas membuat aduan polis dengan mendakwa diliwat oleh Anwar yang kemudiannya Anwar ditahan, disoalsiasat semalaman sebelum dibebaskan keesokannya, 17 Julai dengan ikatjamin. Dalam blognya Saiful menyenaraikan tugasnya, termasuk membantu ketua kakitangan PKR, Ibrahim Yaacob mengatur jadual Anwar. Saiful juga menegaskan bahawa dia telah ditugaskan untuk mengatur beberapa perjumpaan sulit dengan ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai PKR dan ia diadakan di kondominium Desa Damansara. Rasanya tak payah ceritalah dalam blog, itu memang tugas, nama nya pun kerja dengan majikan, kenalah ikut arahan majikan. Yang dimusykilkan ialah sambil kerja sambil cari jalan untuk mengaibkan orang lain. Mungkin ini kesilapan besar Anwar, gagal mengesan petugas seperti ini yang dihantar pihak lain utnuk mencari rahsia parti serta mempergunakan setiap kelemahan Anwar supaya agenda pihak tertentu berjalan lancar.

Tiada ulasan: