Kawan-kawan setia

Isnin, 11 Ogos 2008

Ape ke jadahnya II: Rusia terus memerangi Georgia, mangsa perang meningkat, 4000 tebunuh

Moscow perhebat serangan, nafi Tbilisi undur tentera dari Ossetia Selatan TBILISI: Seramai 10,000 askar Russia memasuki Georgia ketika konflik di antara kedua-dua negara semakin memuncak, semalam. Pasukan tentera Russia itu membabitkan 6,000 askar yang memasuki wilayah Ossetia Selatan pada sebelah malam manakala 4,000 lagi mendarat di pelabuhan Ochamchire di Abkhazia, sebuah lagi wilayah pemisah Georgia, kata Tbilisi.
"Seramai 6.000 askar Russia memasuki Georgia melalui Terowong Roki yang menghubungkan Russia dan Ossetia Selatan pada sebelah malam, manakala 4,000 lagi mendarat di pelabuhan Ochamchire," kata kenyataan itu. Pesawat Russia juga meningkatkan pengeboman dengan mensasarkan ibu negara Georgia, Tbilisi buat kali pertama. Serangan hebat askar Russia turut memaksa askar Georgia berundur dari Ossetia Selatan yang menjadi perebutan kedua-dua negara. Saksi berkata, pesawat Russia berlegar di ruang angkasa Georgia sejak Jumaat lalu dan mengebom sebuah kilang membina pesawat perang Su-25 di timur Tbilisi, menyebabkan landasannya rosak tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Serangan turut disasarkan ke atas kepentingan minyak dan kilang bertujuan memberi kemusnahan jangka panjang ke atas Georgia. Ketua Majlis Keselamatan Georgia, Alexander Lomaia berkata askar negara itu terpaksa meninggalkan bandar utama Ossetia Selatan, Tskhinvali, berikutan serangan Russia. "Russia terus memperhebatkan serangan sepanjang malam menggunakan senjata yang tidak diketahui jumlahnya. Dalam keadaan ini kami tidak mempunyai pilihan kecuali berundur," katanya. Beliau berkata, konvoi tentera Georgia bersama senjata berat dan askar, meninggalkan Ossetia Selatan melalui perkampungan Ergneti di bahagian selatan negara itu. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Shota Utiashvili, berkata Russia kini menguasai sepenuhnya Tskhinvali. Jumaat lalu, tentera Georgia dilatih Amerika, memulakan tindakan ketenteraan untuk menguasai semula Ossetia Selatan yang pro Russia apabila melancarkan serangan udara, roket dan kereta kebal ke atas Tskhinvali. – AP/AFP/Reuters

Tiada ulasan: