Kawan-kawan setia

Khamis, 14 Ogos 2008

Berita harian:Arif Shah calon BN di Permatang Pauh

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah malam ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jam 10.21 malam pada majlis pelancaran jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Pusat Konvensyen Sunway Carnival. Beliau mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Pengerusi BN. Kerusi itu kosong apabila penyandangnya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu pada 31 Julai lalu.
Wan Azizah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon Sabtu ini dan hari mengundi 26 Ogos.. Arif Shah turut hadir malam ini dan diperkenalkan kepada penyokong BN oleh Najib

Tiada ulasan: