Kawan-kawan setia

Khamis, 28 Ogos 2008

Dr M masih lagi berfikir dalam kotak BN

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu menarik 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, sekali gus membentuk kerajaan baru yang diimpikannya sebagai tidak mungkin. Komen Tun M bahawa DS Anwar tidak akan dapat menggunakan wang untuk membeli Ahli Parlimen BN kerana pemimpin-pemimpin BN ada lebih banyak wang. Dr Mahathir telah diminta mengulas kemungkinan Anwar akan dapat membentuk kerajaan baru menjelang 16 September ini seperti yang diuar-uarkan sejak pilihan raya umum lalu dan lonjakan besar telah dibuktikan oleh kejayaan cemerlang PRK 26 Ogos lalu.
Saya nampak 2 perkara besar di sini. Yang pertama Dr M masih berfikir dildalam kotak BN iaiatu apa saja boleh dilakukan bila ada duit, ada wang banyak. Itulah amalan BN selama ini, sangat jelas seperti yang diulang sebut hingga kini oleh Dr M. Walau pun beliau sudah keluar kota BN tetapi mentaliti beliau masih dalam kotak BN iaitu segala-galanya mungkin dengan wang. Mereka akan masuk PR dengan mudah jika dibeli dengan jutaan ringgit.
Saya masih ingat kalau tak silap saya DS Anwar pernah berkata dan dipetik oleh media bahawa kemasukan MP BN bukan kerana duit yang dilambakkan tetapi kerana tidak mahu dan tidak tahan lagi berada dalam kotak BN. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk berpindah wadah perjuangan dari perjuangan kebangsaan kepada perjuangan keadilan untuk rakyat.
Yang kedua selepas politik wang/rasuah dalam UMNO ialah Dr M akui bahawa pemimpin BN memang banyak wang kaya raya dan mampu beli apa saja. Jadi mereka tidak hairan dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan petrol, kenaikan pendidikan, kenaikan kos perubatan dan segala kaneikan lagi kerana mereka banyak wang. Kerana itu segakla rintihan rakyat marhain macam kita ni merupakan agenda BN yang terakhir, agenda pertama kontrak kerana mampu menjana lebih banyak WANG.

Tiada ulasan: