Kawan-kawan setia

Khamis, 28 Ogos 2008

DS Anwar dilantik Ketua Pembangkang hari ini

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, hari ini. Ketua Whip PKR, Mohamed. Azmin Ali berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia petang ini bagi memaklumkan pelantikan Anwar itu.
“Semua parti dalam pakatan pembangkang telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah.
PKR yang mewakili Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah dengan majoriti besar 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan 26 Ogos lalu.
YDP Dewan Rakyat TS Pandikar Amin memberitahu, DS Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pukul 10 pagi ini. Dewan Rakyat sudah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan kemenangan DS Anwar semalam.
Mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 bermula sejak 18 Ogos lalu dan akan ditangguhkan hari Jumaat esok selepas pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ia akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pertengahan Oktober ini.

Tiada ulasan: