Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Ogos 2008

Forum Majlis Peguam: Jangan sentuh isu Agama

ALQURAAN telah menjelaskan bahawa bukan Islam dilindungi oleh syarak oleh negara Islam dan adalah menjadi kesalahan kepda negara itu jika mengabaikan kepentingan bukan Islam. Islam tidak pernah menganiaya mana-mana Agama yang berlindung dibawah pemerintahannya, jadi apa rational majlis peguam mencampuri urusan agama Islam. Bagi kamu jagalah agama kamu dan jangan sesekali mencampuri urusan agama kami. Tiada paksaan dalam memeluk Agama Islam. Semalam 09 August Majlis Peguam terpaksa menamatkan program mereka selepas dinasihatkan polis KL. Walaupun menerima banyak bantahan sebelum itu dari pelbagai parti politik utama seperti UMNO dan PAS, kedegilan mereka meneruskan juga forum yang bertajuk 'Memeluk Islam' tersebut semalam tetapi terpaksa dihentikan jam 10 pagi iaiitu kira-kira tiga jam lebih awal daripada yang dijadualkan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang berada di tempat itu, berkata beliau berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian buruk berikutan kehadiran umat Islam yang terasa terhina dengan program itu memprotes beramai-ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar. "Orang ramai yang berkumpul semakin bertambah dan kita dapati ada ancaman keselamatan jika forum itu diteruskan.
"Jadi kita berbincang dan menasihatkan penganjur jangan meneruskan forum itu," katanya sambil menegaskan polis mempunyai kuasa berbuat demikian atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Bagaimanapun kekecohan berlaku dalam forum yang diadakan itu apabila beberapa pemimpin NGO turut masuk mengikut sepasukan pegawai dan anggota polis ke dalam auditorium tempat forum berlangsung. Berlaku pertengkaran dan pekikan antara beberapa pemimpin NGO terbabit menuntut forum itu segera ditamatkan apabila melihat ada ahli panel yang masih berucap.
Keadaan hanya kembali reda selepas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, beberapa kali mengumumkan bahawa forum itu ditamatkan. Kira-kira 100 peserta forum hanya dibenarkan keluar melalui pintu belakang bangunan. Ketika itu lebih 1,000 orang daripada 29 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di hadapan bangunan majlis itu di sini, sejak jam 8 pagi termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bersurai kira-kira jam 11 pagi selepas berpuas hati forum berkenaan dihentikan dan semua pesertanya meninggalkan bangunan berkenaan. Ambiga yang ditemui selepas itu, berkata pihaknya tidak bercadang mengadakan forum yang sama dalam tempoh terdekat, tetapi sama ada akan diteruskan bergantung kepada perbincangan lebih lanjut oleh Jawatankuasa Undang-Undang Keluarga majlis itu. Mengulas bantahan dan perhimpunan di luar bangunan Majlis Peguam, Ambiga berkata, beliau tidak menentang pihak yang menganjurkan perhimpunan itu, tetapi kesal sikap agresif dalam tempoh 10 minit terakhir ketika forum itu diadakan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada polis yang berjaya mengendalikan bantahan itu dengan baik. Forum yang dimulakan jam 8.30 pagi itu dihadiri tiga ahli panel yang juga peguam, Ravi Nekoo, K Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Dua lagi ahli panel yang dijemput, Pengarah Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Dr Wan Azhar Wan Ahmad, dan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dr Mohd Naim Mokhtar tidak dapat hadir.

Tiada ulasan: