Kawan-kawan setia

Sabtu, 2 Ogos 2008

Gerhana matahari penuh di China

Penduduk Wilayah Jiuquan, Barat Gansu, China bertuah kerana berpeluang melihat gerhana penuh matahari pada hari tersebut. Jutaan rakyat China dan pelancong dapat melihat salah satu kejadian ajaib dari kekuasaan Allah. Mereka dapat melihat sendiri kejadian tersebut dengan berbagai cara samada melalui filem, dalam air, bayangan pada papan putih dan sebagainya. Bagi sesetengah tempat mereka menyambut meriah peristiwa ini seperti menyambut sesuatu pesta. Dalam pada itu ada juga golongan konservatif mengaitkan kepercayaan tahyul kejadian gerhana dengan olimpik yang akan menjelang. Sebenarnya begitulah apa yang Allah jelaskan dalam AlQuraan tentang kekuasaaNya menjadikan siang dan malam silih berganti. Bumi mengelilingi matahari, bulan mengelililingi bumi, disatu ketika bulan akan menghalang bumi dari mendapat cahaya matahari, maka berlakulah gerhana.

Tiada ulasan: