Kawan-kawan setia

Isnin, 4 Ogos 2008

Hari pengundian

Difahamkan SPR sudah ada beberapa pertimbangan mengenai hari pengundian - minggu terakhir Ogos ini ataupun minggu pertama September.Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor ketika ditemui mStar Online memberitahu segala-galanya akan diputuskan Rabu ini.
"Tunggu hingga 6 Ogos," katanya.Bagaimanapun jelas beliau, sama ada tempoh kuat kuasanya 60 hari perlu diadakan pilihan raya kecil juga ditentukan Rabu ini.Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat."Jadi ada tiga tarikh ini bagi menentukan tempoh 60 hari (menentukan tarikh pilihan raya)... ia berlainan dengan pilihan raya umum kerana dikosongkan serentak (semua kerusi)," katanya.Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.
Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini.Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon PKR, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini.

Tiada ulasan: