Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Ogos 2008

IB: UiTM dan AUKU, tiba-tiba je pelajar dibenarkan mengadakan demonstrasi

Tiba-tiba sahaja AUKU dimansuh (sekurang-kurangnya untuk sementara waktu) bagi semua para pelajar UiTM seluruh negara. Ini bagi membenarkan para pelajar UiTM untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara membantah cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim.
IB juga kurang bersetuju dengan cadangan MB Khalid, tetapi tidaklah sehingga perlu dikerah suruh seluruh warga UiTM berarak menunjuk perasaan – demonstrasi.
Apa yang IB ingin sebut di sini ialah tiba-tiba sahaja pihak pentadbiran UiTM tidak melarang para pelajar mereka berdemonstrasi. Apakah memang pentadbiran benar-benar memberi keizinan ini? Jika tidak ini bermakna, para pelajar tersebut tertakluk kepada tindakan disiplin kerana melanggar AUKU.
Atau apakah demonstrasi yang tiba-tiba berlaku di satu demi satu kampus UiTM seolah-olah secara teratur memang di”atur” oleh pihak tertentu? Jika ini yang sebenarnya, maka tindakan harus diambil terhadap mereka yang mengatur rapi demonstrasi di beberapa kampus UiTM.
Jika tiada tindakan diambil maka apakah ini suatu perkembangan terbaru bahawa AUKU dengan cara diam-diam telah pun dimasnuhkan – istimewa untuk pelajar UiTM?
Jika tidak, ini bermakna pihak pentadbiran UiTM ”double standard” apabila mengkerahkan para pelajar mereka untuk berdemonstrasi membantah cadangan hanya kerana ianya datang dari seorang MB yang bukan dari parti komponen BN. Itu sahaja

Tiada ulasan: