Kawan-kawan setia

Jumaat, 15 Ogos 2008

Istana Perak tidak memperkenan Mursyidul Am dan Presiden berkhutbah di Ipoh hari ini

Jumaat 15 August. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dipekenan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. Perkara itu disampaikan ketika presiden menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.Kata beliau, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak. Laporan Bernama semalam menyebut, Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi untuk menyampaikan khutbah pada solat Jumaat di dua buah masjid di Perak.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam berkata, baginda menyampaikan perkenan itu ketika beliau menghadap Tuanku sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri diadakan. Ramai yang merasakan tindakan baginda berkemungkinan disebabkan oleh rasa tanggung jawab memastikan keharmonian rakyat yang bermungkinan disebabkan oleh adanya pihak tertentu yang bakal membuat sesuatu yang tidak diingini jika khutbah tersebut dibenarkan hari ini. Walaubagaimanapun sebagai rakyat dan umat Islam kita seharusnya tetap bersyukur kerana setelah sekian lama perjuangan PAS kini PAS telah dapat melebarkan auranya ke dalam negeri Perak sehingga mampu mengadakan Muktamar dan mengibarkan bendera PAS memenuhi Bandaraya Ipoh. Kesabaran dari ahli jamaah PAS perlu dan semoga ditahun-tahun akan datang akan tiba masanya bukan sahaja di Ipoh, pemimpin PAS boleh berkhutbah di seluruh negeri, InsyaAllah

Tiada ulasan: