Kawan-kawan setia

Jumaat, 22 Ogos 2008

Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia

Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, saya tidak percaya yang ungkapan yan disiarkan Utusan Malaysia itu datangnya dari Ustaz Solehan. Telahan saya terbukti dalam berita hari ini dimana Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam laporan Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos semalam, menyebut "Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.
Apa yang disebutnya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut. "Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah," tegasnya. Oleh itu terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah, kerana itu merupakan hak peribadi beliau.
Beliau juga mempersoalkan suatu perkara yang menimbulkan persepsi buruk apabila sumpah Saiful itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Menurut beliau jika kes itu diselesaikan di mahkamah syariah terdapat dua cara, sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
Bagaimanapun katanya, kes tuduhan liwat itu sebenarnya untuk dijadikan isu bagi mengaibkan Anwar yang menhadapai PRK Permatang Pauh. Sehubungan itu, beliau terkilan dan kesal dengan pihak akhbar tersebut yang membuat laporan bercanggah dengan kenyataan sebenar. "Ini suatu yang tidak bermoral, adakah akhbar tersebut terdesak untuk mencari isu yang boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya di Permatang Pauh?" soalnya. Menurut beliau,Utusan Malaysia dan akhbar lain wajar bersikap profesional dan melaporkan berita yang tepat dan berfakta.

Tiada ulasan: