Kawan-kawan setia

Isnin, 11 Ogos 2008

Isu penjualan ARAK secara terbuka II: lanjutan Pendadahan KOSMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar mengkaji semula pengeluaran lesen menjual arak di kedai-kedai serbaneka kerana kemudahan yang ditawarkan kepada sesetengah pelanggan dewasa itu sudah disalahgunakan oleh golongan pelajar dan remaja.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ketika ini remaja bebas membeli minuman itu walaupun mereka berpakaian seragam sekolah.
"Jualan minuman keras perlukan syarat yang ketat dan ia tidak seharusnya dijual secara terbuka,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! kelmarin yang membongkar kegiatan penjualan minuman keras kepada pelajar sekolah di kedai serbaneka.
Menurut Ma'amor, pemberian lesen bagi jualan minuman keras di kedai serbaneka sekarang hanya kepada minuman keras yang mengandungi kandungan tujuh peratus alkohol.
"Selepas ini, kerajaan perlu menyekat sama sekali pemberian lesen kepada kedai serbaneka walaupun minuman keras itu hanya mengandungi tujuh peratus alkohol,'' jelasnya.

Tiada ulasan: