Kawan-kawan setia

Khamis, 28 Ogos 2008

Masih bermimpi di siang hari

Kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam menyifatkan yang kemenangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah seolah-olah masih bermimpi disiang hari. Mungkin juga cuba melindungi rasa resah BN dan UMNO dengan tsunami kedua ini yang rata-rata menjangkakan akan berlaku tsunami ketiga iaitu penghijrahan beramai-ramai AP BN ke PR menjelang 16 September. Apa lagi yang diharapkan dengan BN yang telah ditolak rakyat di semua negeri. Memetik ucapan DSC yang berkata tidak ada sebab bagi anggota BN untuk bersedih atau menganggap kemenangan yang sudah dijangka itu sebagai ‘kekalahan’ kepada BN kerana Anwar bertanding di kubu kuatnya.“Bagi PKR, pilihan raya ini (Permatang Pauh) ialah hidup mati mereka, bukan hidup mati Anwar sahaja tetapi hidup mati parti (PKR) dan juga Pakatan Rakyat.“Sedangkan bagi BN ini hanyalah satu kerusi yang bukannya kerusi BN tapi kerusi yang sudah dimiliki oleh PKR. Mungkin DSC terlupa yang tersirat atau tidak meneliti sejarah pilihanraya kecil di mana-mana sahaja. Adalah sesuatu yang luarbiasa, bukan biasa kalau Pembangkang memenangi pilihanraya kecil. Apalagi dengan majoriti yang begitu besar, melebihi majoriti dalam PRU12 dahulu walaupun rata-rata pemimpin BN cuba menafikan bahawa majoriti yang diperolehi oleh DS Anwar adalah satu majoriti yang besar.
Cuba kita amati petikan komen DSC. “Saya rasa kalau dilihat daripada hari penamaan calon dengan kehadiran penyokong dia (DS Anwar) 50,000...sepatutnya undi yang dia dapat pun 50,000 ataupun mendapat majoriti sekurang-kurangnya 20,000.“Tetapi dengan majoriti 15,000 perbezaannya adalah terlalu sedikit dengan apa yang diperoleh Azizah (isteri DS Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)...tak banyak beza,”.

Tiada ulasan: