Kawan-kawan setia

Sabtu, 23 Ogos 2008

Masjid Seberang Jaya, siapa sebenarnya yang berpolitik dalam masjid

Petikan Harakah Daily memaparkan sikap prejudis Pengerusi masjid Seberang Jaya yang tidak membenarkan TKM merangkap Exco Agama PP dari berucap di dalam masjid yang dibawah bidang kuasa beliau sendiri. Amat memalukan, bila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Exco Agama Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin dihalang menggunakan pembesar suara untuk memberikan ucapan selepas fardhu Jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya semalam.
Beliau yang merancang memberikan sepatah dua kata sempena Hari Jumaat di Masjid berkenaan dihalang oleh pengerusi masjid tersebut dengan alasan menggunakan masjid untuk tujuan politik.
Tetapi, walaupun dihalang menggunakan pembesar suara beliau tetap berucap dan meminta semua jemaah bersatu padu serta jangan terpaut dengan fitnah yang begitu dahsyat sekarang ini.
Menurutnya, sebarang fitnah yang ditaburkan tanpa ada saksi merupakan dosa besar di sisi Islam tambahan pula ia dipanjangkan oleh orang lain yang kadang-kadang hanya ambil isu berkenaan di tengah jalan tanpa melakukan pemeriksaan secara adil.
Ujarnya lagi, kejadian itu hanya berlaku di Masjid Jamek Seberang Jaya sahaja manakala di masjid lain seluruh Permatang Pauh program diatur berjalan lancar.
Kejadian tersebut disaksikan oleh calon Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Selepas berucap, Fairus ditemui oleh Ahli Jawatankuasa untuk memohon kemaafan terhadap isu yang tidak sewajarnya.
Calon Barisan Nasional (BN), Dato' Arif Shah Omar Shah juga kebetulan sembahyang Jumaat di masjid yang sama juga terasa malu terhadap kejadian itu bila bertemu Timbalan Ketua Menteri. - mns_

Tiada ulasan: