Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Ogos 2008

Nak Cubit sikit: BILA MALU GUNA BAHASA SENDIRI

Setelah lebih 50tahun negara merdeka dari penjajah British, namun hakikatnya rakyat dan pemimpin Malaysia masih lagi dibelenggu satu penjajahan yang paling berpengaruh iaiitu penjajahan “mentality” terhadap pengguaan bahasa. Sindrom malu menggunakan bahasa sendiri merupakan penyakit masyarakat yang teruk yang memerlukan seorang pemimpin hebat yang mampu menyembohkan penyakit ini setelah dijajah sekian lama oleh penjajah Inggeris dan mewariskan “mentality” penjajahan kepada pemimpin dan kumpulan yang berbangga dengan penjajah. Pendekata apa saja yang ada pada penjajah begitu agong bagi mereka umpamanya bahasa penjajah, pakaian penjajah, cara makan penjajah, budaya penjajah, cara menyambut harijadi, hatta rambut penjajah pun diagungkannya. Sebab itulah sesetengah rakyat Malaysia amat berbangga kalau berambut merah macam mat saleh kononnya, bercakap bahasa Inggeris, meminati pasukan liga Ingeris, menamakan anak dengan nama seakan-akan nama Inggeris dan sebagainya. Bahkan kerajaan Malaysia sendiri tidak mampu memisahkan diri dari sikap cintakan penjajah maka lahirlah nama-nama penjajah dalam setiap lorong, bangunan, tempat bertemakan penjajah seperti Sunway Lagoon, Danga Bay, Precinct, Desa Theme Park, Genting Highland, Fraser Hill dan lai-lain lagi. Bukan itu saja, perundangan pun tidak dapat lari dari menggunakan bahasa Inggeris, cuba lihat perjanjian jual beli yang kita tandatangan, apa bahasanya?, kenapa kita orang Malaysia mesti menggunakan bahasa penjajah?, tak faham pun apa termaktub, peguam hulor kita tandatangan sahaja. Artis pula, kalau kita lihat pun dah macam mat saleh, cakap campur-campur dengan bahasa Melayu, modenlah kononnya. Sebenarnya malu kalau dicap tak tahu bahasa penjajah. Pak Menteri pun apa kurangnya, bila interview walaupun ditanya dalam bahasa melayu, mesti jawab campur bahasa penjajah, apa lagi jika soalan ditanya dalam bahasa Inggeris memang laju macam air sungai lah fasihnya berbahasa Inggeris. Kalau kita pergi pula kepada syarikat koporat yang majoritinya Melayu, diketuai oleh orang melayu, samada perjalanan mesyuarat, minit mesyuarat, e-mail, percakapan biasa, dengan bangganya menggunakan bahasa penjajah. Jadi sampai bila bahasa Malaysia kita akan berdaulat?, adakah hanya tanggung jawab DBP?, Menteri Pendidikan?, Menteri Kebudayaan?..jawablah sendiri. Bila dah malu dengan bahasa sendiri, begitulah jadinya.

2 ulasan:

Batis Batagar berkata...

Bangga dengan bahasa penjajah, kalau cakap tak campur bahasa penjajah nanti orang kata kuno pulak, itulah sebabnya Matematik & Sins pun nak guna bahasa penjajah, apake bangan punya pemerintah...

Joey berkata...

ala.. bahasa je pun.. ape kecoh... kalau korg rasa bagus sgt, kenapa x ckp bahasa arab jer? kan bahasa Allah tu? Allah pun x kesah kite ckp bahasa apa pun.. menteliti korang ni cam binatang... ayam tau berkokok, anjing tau menyalak, kucing tau mengiau... probnyer kite bukan binatang jadi kite kena lebih baik dr mereka. Belajarlah sebyk mungkin bahasa. sekian...