Kawan-kawan setia

Sabtu, 9 Ogos 2008

Pelik tapi benar - Dakwaan terkecuali kepada pengadu

Saiful mengadu kepada Polis dia dan Anwar melakukan seks luar tabie, tetapi disebabkan dia (Saiful) sebagai pengadu dia dikecualikan dari menerima hukuman 20 tahun penjara dan mungkin sebatan, demikian tafsiran Menteri Dalam Negeri DS Syed Hamid Albar. Ianya bagi kita orang awam ni rasa peliklah...Sebab itu Datuk Seri Anwar sendiri hari ini menyelar kenyataan yang tidak mahu Saiful didakwa. Anwar menyebut DSS Hamid bukanlah pendakwa raya yang boleh menentukan seseorang itu tidak akan didakwa. Merujuk kepada berita semalam DS Syed Hamid Albar berkata bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan didakwa bersama bekas majikannya itu atas tuduhan liwat kerana dia kini menjadi saksi utama dalam tuduhan liwat yang didakwa dilakukan oleh Anwar bersama Saiful. Anwar berang dengan kenyataan tersebut, dan terus menegaskan jika beliau didakwa, Saiful juga perlu turut sama didakwa. “Kalau suka sama suka mengapa beliau sahaja didakwa?,” katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri DS Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, antara jam 3.01 petang dan 4:30 petang, 26 Jun lalu di Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini. Dakwaan tersebut adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: