Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Ogos 2008

Pemimpin PKR tarik diri hilang wang deposit

16-08-2008 04:20:45 PM Oleh G. MANIMARAN (MStar)
BUKIT MERTAJAM: Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman yang mengejutkan banyak pihak dengan menyerahkan borang penamaan calon 'mencabar' Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menarik balik dua jam kemudian, hilang wang deposit RM10,000.Mansor mengambil pendirian untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kira-kira 90 minit selepas penamaan calon ditutup.Beliau menyerahkan borangnya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun kira-kira pukul 9.25 pagi.Beliau yang juga bekas Ketua PKR Pulau Pinang memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mahu menarik diri daripada bertanding pukul 11.30 pagi."Oleh kerana dia menarik diri selepas penamaan calon ditutup, wang deposit hilang, ia tidak akan dipulangkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Ketika ditanya sebab beliau tarik diri, Wan Ahmad berkata: "Saya tidak tahu apa sebab. Itu hak calon untuk berbuat demikian.""Dia tidak perlu memaklumkan alasan untuk berbuat demikian," katanya ketika dihubungi mStar Online.Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menyediakan peruntukan wang deposit tidak dipulangkan, katanya.
Ketika sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, SPR menerima empat borang penamaan calon dan ia dipamerkan selama sejam bermula pukul 10 pagi.Pada pukul 12 tengah hari, Pegawai Pengurus, Roslan Yahaya mengumumkan yang pihaknya hanya menerima tiga borang penamaan calon.Roslan juga memberitahu pihaknya menerima lima bantahan berhubung borang penamaan calon.Selain Mansor, tiga yang lain mengemukakan borang penamaan calon ialah Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hanafi Mamat.Ketika diminta mengulas lanjut mengenai lima bantahan itu, Wan Ahmad berkata, tiga bantahan berkaitan dengan nama calon yang diberi untuk dicetak pada kertas undi tidak sama dengan nama dalam kad pengenalan (yang dinyatakan pada borang penamaan calon)."Perkara ini dibangkitkan oleh ketiga-tiga calon dan ia tidak menjadi satu kesalahan sehingga boleh menyebabkan kehilangan kelayakan untuk bertanding," katanya.Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dikehendaki menyatakan nama sebenar mengikut kad pengenalan pada borang penamaan calon dan juga boleh memberi nama (yang berlainan) yang hendak tertera pada kertas undi.Dua bantahan yang lain berkaitan dengan dakwaan seorang calon adalah bankrap dan nama pencadang dan penyokong seorang calon bukan merupakan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Permatang Pauh."SPR sudah memeriksa kedudukan calon yang dimaksudkan muflis dan didapati dia bukan merupakan muflis yang belum dilepaskan. Jadi calon berkenaan layak untuk bertanding," katanya.Daripada lima bantahan, dua merujuk kepada Hanafi, masing-masing satu terhadap Arif Shah, Anwar dan Mansor

Tiada ulasan: