Kawan-kawan setia

Sabtu, 2 Ogos 2008

Penjual baju T Bersih dipanggil polis

Abdul Rahim Sabri Aug 1, 08 9:16pm
Dua penjual baju T kuning - simbol bantahan terbesar dalam sejarah Malaysia - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung demonstrasi besar 10 November tahun lepas.Abdul Halim Mohd Sharif dan seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Azif dipanggil ke ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan jam 10 pagi Selasa depan.Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Halim berkata, beliau akan pergi bersama dengan peguamnya Khairudin Othman. Menurut Azif pula, beliau akan diiringi oleh kakitangan seketariat Bersih.Kedua-dua pemuda tersebut berkata mereka akan memberi kerjasama dengan polis. Mereka berkata penjualan baju T itu sekadar "membantu kawan-kawan."

Tiada ulasan: