Kawan-kawan setia

Jumaat, 1 Ogos 2008

Perginya seorang Sasterawan Negara yang kreatif - AlFaatihah

Bangi:Jul 31 2008
Jenazah sasterawan negara Syed Othman Syed Omar, 71, atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi hari ini. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah di Hospital Serdang pada 12.05 pagi hari ini, selepas dua minggu dimasukkan ke wad khas pesakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berumur di antara 25 hingga 45 tahun.Menurut Bernama, S Othman Kelantan mula aktif menulis sejak berusia 14 tahun telah menghasilkan puisi, cerpen, novel dan esei kritikan. Sehingga kini karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Rusia, Jepun, Vietnam, dan Cina.

Tiada ulasan: