Kawan-kawan setia

Isnin, 11 Ogos 2008

Polis nafi tahan Zulkifli Noordin

Utusan malaysia:KUALA LUMPUR 10 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog hari ini bahawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.
Ismail berkata, dakwaan kononnya Ahli Parlimen itu ditahan adalah khabar angin semata-mata.
''Mana ada beliau ditahan. Kita percaya ia merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab yang cuba disebarkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu.
''Sehingga kini, saya tidak tahu apa-apa mengenai penahanan Zulkifli. Sesiapa pun boleh menulis dalam blog namun kita tidak tahu kebenarannya,'' kata beliau ketika dihubungi di sini.
Blog berkenaan mendakwa Zulkifli, 46, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira pukul 10 malam tadi dan dia dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah.
Beliau pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 September 1998.
Menurut Ismail, polis akan menyiasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan.
Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan laporan tersebut

Tiada ulasan: