Kawan-kawan setia

Ahad, 17 Ogos 2008

Provokasi terancang, PR kena hati-hati

Merujuk kepada beberapa laporan media perdana, dilaporkan banyak berlaku tindakan aggresif petugas Pakatan Rakyat yang nampaknya brutal terhadap pihak lawan dan golongan yang tidak menyebelahi pihak kerajaan. Di antaranya diberitakan beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan petugas Pakatan Pakyat khusunya ahli PKR yang didakwa menyebabkan berlaku beberapa insiden menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil ini. Presiden (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini bahkan menurut beliau banyak insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon hari Jumaat lalu yang merupakan "insiden yang amat memalukan kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik. Kes terbaru dilaporkan jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon telah dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya. SU PKR Pulau Pinang Abdul Malik telah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu namun ia masih lagi berlaku. Insiden keduaNorila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar. Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai." Beliau meminta semua parti-parti politik menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.

Tiada ulasan: