Kawan-kawan setia

Rabu, 20 Ogos 2008

Rileks sekejap: Tip kesihatan

Lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular ini. Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.
"Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Pengambilan BYM boleh dijadikan alternatif dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular manusia. jika diambil berterusan, ia mampu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung. Apa itu BYM?, BYM telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu. BYM telah dikenali sebagai sumber makanan perubatan di samping ia juga digunakan sebagai bahan pewarna dalam masakan China sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644) lagi. BYM terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina untuk merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut dengan beras biasa. BYM juga diakui sebagai salah satu bahan alternatif dalam mengurangkan kolesterol selepas satu penyelidikan luas mengenai khasiatnya disiarkan dalam American Journal of Cardiology (AJC).

1 ulasan:

Batis Batagar berkata...

Dimana dan bagaimana nak dapatkan BYM tu?