Kawan-kawan setia

Khamis, 28 Ogos 2008

Seniman Ahmad mahmud meninggal dunia

Inna lilLah wainna ilaihi rojioon: Seniman yang popular dengan watak maco menerusi berbagai filem lakonannya seperti filem Ibu Mertuaku, Raja bersiong, Hang Tuah dan lain-lain Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud 85, meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang. Menurut anaknya Rogayah, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam di rumah keluarganya di Kampung Tunku di sini.
Allahyarham menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai lepas sebelum dibawa pulang ke rumahnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu.
Ahmad Mahmud, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu memulakan kerjayanya seawal tahun 1951 sebagai pelakon utama dalam filem Matahari dan telah membintangi lebih 20 filem, antaranya Istana Impian, Hang Tuah, Ibu Mentuaku, Dayang Senandung, Isi Neraka, Raja Bersiong dan Lela Manja.
Tauladan buat kita semua, insaf dan sedar bahawa betapa hebatnya manusia, maco, kaya, kuat, gedebe, namun akhirnya kita pasti menemui jalan akhir di alama maya ini, pasti akur kehendakNya, kembali kepadaNya. Jadi sebelum kembali carilah sebanyaknya pahala...lebih-lebih lagi Ramadhan bakal menjelang sehari 2 lagi, jangan lepas peluang.

Tiada ulasan: