Kawan-kawan setia

Sabtu, 2 Ogos 2008

Sin Chan versi BM sambut Krismas

Amat menyedihkan sebuah stesyen TV tempatan (NTV7) menyiarkan kartun versi Bahasa malaysia dalam episod Krismas. Kartun yang popular dikalangan kanak-kanak ini disiarkan mulai jam 7 malam hingga 7.30 malam sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia telah ditonton oleh anak-anak yang sedang membina sahsiah diri . Tayangan 2 August 2008 ini telah menayangkan cerita tentang sin chan sekeluarga menyambut krismas. Apakah penerbit kartun stesyen NTV7 dan pengusaha alih bahasa tidak mempunyai sensitivti langsung dalam bab AKIDAH. Berlakun menyambut Krismas satu sambutan agama, walaupun hanya meminjamkan suara amatlah dikesali. Yang sangat dibimbangkan ialah kesan dari episod ini yang akan mempengaruhi minda dan kefahaman terhadap kanak-kanak Islam. Adakah ada agenda dari pihak tertentu yang sengaja menyiarkan episod ini sedangkan mereka tahu ia adalah sensitif bagi umat Islam. Diharapkan pihak berkuasa agama meneliti hal ini dan supaya tidak berulang lagi. Dari segi hukum berlakun sebagai penganut agama lain ni kenalah tanya pihak berotoriti apa statusnya.

Tiada ulasan: