Kawan-kawan setia

Jumaat, 8 Ogos 2008

Syed Hamid perjelas sebab Saiful tidak didakwa

07-08-2008 07:45:10 PM
KUALA LUMPUR: Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak didakwa di mahkamah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat kerana dia merupakan pengadu yang mendakwa diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis mendakwa kejadian itu berlaku? Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.

Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat Mohamad Saiful, 23, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun lepas.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.

Syed Hamid berkata bahawa dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang merupakan orang yang membuat laporan.

"Itulah cara sistem perundangan...yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: