Kawan-kawan setia

Selasa, 26 Ogos 2008

Tanya khairy mana BN dapat duit biayai kempen - Shamsul Iskandar

PERMATANG PAUH (SK) -KETUA Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar menantu kepada Presiden Umno, Khairy Jamaludin, memberitahu bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) memperoleh wang yang begitu banyak untuk membiayai kempen pilihan raya Kecil Permatang Pauh.
Dalam kenyataan yang di keluarkan bagi mengulas tindakan Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno yang menuduh dengan melulu bajawa KeADILan menerima dana dari Amerika Syarikat sepertimana dilaporkan kepada media, Shamsul meminta Khairy supaya menarik balik kenyataan tersebut.
“AMK berminat untuk menanyakan Khairy bagaimana Umno-BN boleh memperoleh wang sebegitu banyak untuk membiayai kempen mereka,” katanya.
Jelas Shamsul Iskandar, KeADILan dan Pakatan Rakyat diterima baik oleh masyarakat, oleh yang demikian, pemberian sumbangan dan bantuan adalah begitu normal dari rakyat.
“Sokongan rakyat yang menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada KeADILan dan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang normal,kerana perjuangan KeADILan dan Pakatan Rakyat sendiri berdiri di atas naluri rakyat yang mahukan perubahan,” jelasnya.
Dengan tuduhan oleh Khairy yang tidak terlihat dimana bukti dan faktanya, Pakatan Rakyat tidak pernah dimalukan untuk dihadapkan ke mahkamah kerana gagal melunaskan hutang sewaktu berkempen.
“Setidak-tidaknya KeADILan dan Pakatan Rakyat tidak seperti Umno-BN yang dihadapkan ke mahkamah kerana gagal melunaskan hutang sebanyak RM218 juta kepada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004,” jelasnya.
Seharusnya, menurut Shamsul, Khiry perlu menumpukan penghujahan yang berkaitan dasar dan polisi demi kebaikan negara, namun tindakan beliau yang bersikap seperti anjing menyalak bukit adalah berniat jahat.
“Tindakan biadap Khairy ini jelas sekali berniat jahat, bertujuan untuk melengkapkan kempen pembunuhan karakter Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh ini.
Sewajarnya bagi Khairy dan Umno lebih menumpukan penghujahan yang berkaitan dasar dan polisi demi kebaikan rakyat, bukan bersikap seperti anjing menyalak bukit, menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat sepanjang kempen,” jelasnya lagi.
Tambahnya,”Khairy juga perlu belajar untuk tidak bersikap seperti ‘kera kena belacan’, supaya berhujah dengan dalil dan fakta yang sahih, bukan bersikap bacul menyerang peribadi tanpa sebarang kesahihan yang munasabah.”

Tiada ulasan: