Kawan-kawan setia

Ahad, 24 Ogos 2008

Tarikh mengundi bawa banyak tuah?

Nombor lagi, begitulah yang selayaknya dikatakan bila calon BN yakin akan menang kerana nombor-nombor yang beliau dapat akan membawa tuah. Terdahulu seperti yang dilaporkan oleh mdia, semasa penamaan calon beliau begitu yakin nombor 3 yang beliau dapat akan memberi kejayaan kepada beliau. Terkini tarikh pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditetapkan pada 26 Ogos ini akan membawa tuah kepada calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Seberang Jaya berkata tarikh itu jika dicampur iaitu dua campur enam akan berjumlah lapan, dan bulan Ogos pula bulan ke lapan dan tahun ini pula 2008. "Bagi kaum Cina tarikh yang mempunyai banyak angka lapan dianggap sebagai bertuah kerana dalam budaya kaum Cina bunyi angka itu sama dengan bunyi kejayaan dan kemewahan,” katanya di sini hari ini.
Arif Shah, yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekolah rendah hingga menengah, berharap tarikh berkenaan akan bakal membawa kejayaan kepadanya. Beliau juga yang dikenali di kalangan pengundi Permatang Pauh sebagai OCBC, “orang Cina bukan Cina”, berkata sebagai seorang Islam, beliau bagaimanapun menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T akan takdir yang ditentukan terhadap dirinya.

Tiada ulasan: