Kawan-kawan setia

Khamis, 21 Ogos 2008

Tuan Guru Hj Hadi mahu tiada diskriminasi banteras rasuah di semua negeri

20-08-2008 Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SERDANG: Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu menjalankan siasatan berhubung kes rasuah di semua negeri secara telus sama ada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu BPR membongkar kes salah laku rasuah di semua peringkat hingga ke pentadbiran kerajaan Pusat.
"Kita harap tiada diskriminasi dalam usaha untuk membanteras rasuah kerana ia melambangkan imej negara kepada masyarakat luar," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua anggota Exco kerajaan negeri Perak ditahan bersama empat lelaki lain oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak.
Tambah beliau, negeri yang ditadbir BN sepatutnya menjadi contoh yang baik dalam usaha membanteras rasuah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang masih baru mentadbir empat buah negeri kecuali Kelantan yang diterajui PAS.
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih baru kerana pertama kali memerintah. Lain dengan PAS kerana sudah lama memerintah Kelantan," katanya.
Ditanya sama ada penahanan Exco Perak itu ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, beliau enggan membuat sebaran spekuklasi.
"Saya tak mahu tuduh. Saya kira rakyat Malaysia sudah biasa dengan situasi ini seperti yang berlaku kepada Tan Sri Eric Chia dulu.
"Kes beliau juga dibangkitkan ketika musim pilihan raya malah membabitkan jumlah yang lebih besar, namun rasuah tetap salah dari segi moral walaupun melibatkan RM100, " katanya.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa

Tiada ulasan: