Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Ogos 2008

Umat Islam kini dah bercelaru

Hari ini muka depan media perdana dan blog dipenuhi dengan Mohd. Saiful Bukhari mengotakan janjinya bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim. Upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta semalam memaparkan si Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid tersebut. Inikah perjuangan kita yang diamanahkan Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Bersumpah dengan nama Maha Pencipta, bahawa sesungguhnya dia telah dipaksa melakukan liwat oleh sesorang yang sedang ghairah menuju ke jawatan paling penting di Malaysia. Di saat akhir dimana hamba Allah ini bakal dinobat sebagai pemimpin no 1 di Malaysia, tiba-tiba datang angin ribut yang menerbangkan segala angan-angan rakyat tertindas selama ini untuk melihat suasana Malaysia baru dibawah teraju pemerintahan baru menggantikan pemerintah kini yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa. Untuk membuktikan betulnya dakwaaan itu budak ini sanggup bersumpah LAKNAT ke atasnya dengan lafaz “A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh D... pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut D.... telah memasukkan anunya ke dalam lubang d.... saya. “Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Yang memningkan kita sebagai umat Islam akhir zaman ini ialah seolah-olah kemuliaan hari Jumaat ini dipermain-mainkan untuk melakukan upacara bersumpah tersebut. Dengan kehadiran VIP yang turut berada di masjid itu seperti Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali serta beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful seolah-olahnya bersumpah ini adalah satu agenda besar dalam negara. Satu agenda penting dalam kehidupan umat Islam. Adakah begitu ajaran Islam yang syumul?, berlakukah dizaman Rasululullah, zaman sahabat, zaman tabiin, sumpah menyumpah ni..walLah hu A'lam. Zaman Rasululullah, baginda bertungkus lumus menyebarkan Islam, sebagai memenuhi amanah Allah, zaman ini manusia yang menganut Islam berlumba memenuhi tekak, dan poket masing-masing. Sebelum ini umum mengetahui, saranan untuk bersumpah laknat atau bermubahalah ini dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu selepas Saiful membuat laporannya kepada Polis dengan menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun lalu. Walaubagaimanapun pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan Saiful. Yang menariknya timingnya tu, kebetulan atau dirancangkan?.

Tiada ulasan: