Kawan-kawan setia

Selasa, 12 Ogos 2008

Wahai Perompak Ar-Rahn: ‘Kembalikan harta orang miskin’

Dengan nada kecewa dan sedih MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas dari Ar-Rahn Kota Bharu supaya memulangkannya semula barangan kemas yang dirompak kerana mereka ‘merampas’ harta orang miskin.
“Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin. Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,”
Empat lelaki bertopeng telah dikesan oleh kamera litar tertutup berada dalam premis itu dan mereka dipercayai menceroboh masuk melalui bumbung dan menebuk dinding serta peti besi simpanan. Barangan kemas yang hilang dipercayai bernilai berjuta-juta ringgit, tetapi pihak pengurusan dan pihak polis tidak mengumumkan jumlah sebenar walaupun ada sesetengah media perdana yang lebih sudu dari kuah memperincikan jumlah harga barangan yang dirompak tersebut.

Tiada ulasan: