Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Ogos 2008

Zahid sokong penjualan arak diharamkan

Merujuk kepada laporan media tempatan mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang menyokong gesaan menghapuskan aktiviti perjudian serta dihadkan premis jualan arak di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuatkan kita umat Islam rasa lega dan bersyukur. Kebelakangan ini sebenarnya kalau diperhatikan banyak ucapan-ucapan DAZH sehaluan dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.
Seterusnya DAZH mengatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan PR adalah baik kerana penjualan minuman keras kini dilakukan di tempat awam secara terbuka jadi walaupun cadangan berkenaan dibuat oleh kerajaan PR dan pembangkang peringkat parlimen, tetapi ia sesuatu yang perlu disokong oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya memberi sokongan atas nama agama dan saya memberi komitmen untuk menyokong tindakan yang dibuat oleh mereka...pada hemat saya kerajaaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional pun harus mengambil tindakan yang sama. Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud semalam yang meminta semua kerajaan negeri PR mencontohi Kelantan menghapuskan terus aktiviti perjudian dan mengehadkan premis jualan arak. Ahmad Zahid juga berkata masalah yang berlaku ialah walaupun penjualan minuman keras telah disebut tidak boleh dijual kepada orang Islam tetapi apabila ia dijual di tempat terbuka, ia menjadi kemudahan kepada orang Islam membelinya.
"Sebagai contoh baru-baru ini akhbar melaporkan ada pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah yang membeli minuman keras kerana ianya dijual di tempat terbuka".

Tiada ulasan: