Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Ogos 2008

Zulkifli Nordin, Majlis Peguam perlu kempimpinan baru

Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam, kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.
Zulkifli yang juga ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibunegara hari ini.Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam."Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.
Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam
(Malaysiakini 0090808)

Sementara itu ketika merasmikan Majlis 25 tahun Masjid Saidina AbuBakar Assidik Bangsar di Dewan merdeka PWTC, Menteri diJabtan Perdana Menteri Datok Seri Mohd Zahid hamidi memberi komen yang senada dengan pemimpin Islam lain dimana beliau merasakan umat Islam perlu bersatu menangani provokasi dari majis peguam ini. Umat Islam di Malaysia ini cukup baik dan melayan bukan Islam dengan adil tetapi jangan mengambil kesempatan dari sikap baik umat dan pemimpin Islam dengan mempertikaikan hukum-hukum yang termaktub dalam Islam. Islam tiada langsung memaksa bukan Islam memeluk agamaIslam bahkan mereka memeluk Islam dengan rela dan atas kesedaran masing-masing.

Tiada ulasan: