Kawan-kawan setia

Selasa, 7 Oktober 2008

Bilakah harga minyak runcit akan turun?

Kini harga minyak mentah dunia berada pada paras terendah sejak lapan bulan lalu apabila jatuh di bawah paras AS$90 (RM312.30) setong ekoran spekulasi krisis kewangan yang berlaku akan merangsang kelembapan ekonomi dan mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah.
Minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet bagi penghantaran November turun AS$4.69 (RM16.27) setong kepada AS$89.19 (RM309.48) setong pada dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange. Harga minyak mentah dunia telah jatuh hampir 40 peratus sejak berada di paras tertinggi melebihi AS$147 (RM510) setong pada Julai lalu dan kontrak pasaran hadapan tersebut didagangkan pada paras terendah ini pada awal Februari lalu.
Kemerosotan harga itu berlaku akibat kejatuhan pasaran saham dunia berikutan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang Amerika Syarikat (AS) turut melanda Eropah.

Tiada ulasan: