Kawan-kawan setia

Selasa, 7 Oktober 2008

Perebutan Timbalan Presiden UMNO

Datuk Seri Dr. Rais Yatim melahirkan rasa terkejut dengan minat mendadak ahli-ahli UMNO terhadap jawatan nombor dua, ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu dan menasihati mereka supaya ‘mengukur baju di badan sendiri’. Dr Rais meningatkan mereka yang ingin bersaing merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sekurang-kurangnya perlu melepasi kriteria penting termasuk telah teruji kepimpinan dan keintelektualan diri. Kriteria lain yang perlu ada ialah mereka harus mampu menjadi ‘ayam tambatan’ di dalam dan luar negara, telus dan tampak bersih daripada sebarang korupsi serta memiliki karakter, ketokohan dan kewibawaan. Dr Rais dilihat tertawa besar apabila Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan (Mohamed) menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden berkata “Kalau kita lihat semua bekas Presiden UMNO, mereka datang daripada pemimpin yang pernah berada dalam kedudukan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, sementara Nur Jazlan hanyalah Ahli Parlimen kawasan merangkap Ketua bahagian” Dr. Rais menambah: “Ini menunjukkan keadaan (politik) kelam-kabut dan mencemaskan UMNO kerana mereka yang kelak terpilih sebagai Timbalan Presiden adalah bakal Perdana Menteri yang seharusnya sudah masak pengalaman serta terlatih sebagai pemimpin parti dan negara.”

Nur Jazlan merupakan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat telah menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan komitmen untuk membawa perubahan dalam UMNO. Pengumuman tersebut merupakan individu ketiga menawarkan diri untuk merebut jawatan kedua tertinggi UMNO selepas ahli MT parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Tiada ulasan: