Kawan-kawan setia

Selasa, 7 Oktober 2008

Ramadhan telah berlalu

Lama bercuti, terpaksa beraya di 3 negeri, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor. Saya masih lagi menyalahkan kedhaifan teknologi mengakses internet yang tak mampu memberi kepuasan kepada pengguna secara mudah alih. Setiap kali saya ke pendalaman maka saya akan terputus dengan internet, itu yang terkilan. Anda bayangkan, perkhidmatan streamyx TMnet adalah perkhidmatan tetap, hanya boleh akses internet bila berada dirumah, tidak boleh roaming ketempat lain. Perkhidmatan mobile akses Celcom Broadband pula memang mudah alih kemana-mana sahaja, tetapi bandwidth yang terhad, maksudnya bila balik kampong saya tidak dapat lagi akses dengan HSDPA, bahkan tidak dapat menikmati 3G, hanya GPRS dengan kelajuan 53kbps, cukup menyiksakan. Sampai bila keadaan ini akan berlarutan tak tahulah. Selagi tiada tekanan pihak berkuasa selagi itulah kita tetap mundur dari teknologi penting ini. Saya pernah terdengar ada negeri-negeri yang bercadang menyediakan perkhidmatan wi-fi, tapi setakat mana pelaksanaannya belum tahu lagi. Begitu juga apa yang diwar-warkan TMnet dengan Streamyx mobilenya pun tumpuan pada bandar-bandar besar, wimax pula masih tak muncul-muncul lagi. Terkini dengar ceritanya TM akan memulakan perkhidmatan HSBB ke rumah-rumah (High Speed BroadBand selaju 10 Mbps) pun takut indah khabar dari rupa sahaja.



OPS Sikap, entah ke berapa, rasanya ke 17, maksudnya sudah 17 tahun, sudah remaja dan matang. Soalnya adakah pemandu kita yang berada dijalanraya sudah matang, berdisiplin, sudah ubah sikap?. Pada saya OPS sikap hanya tinggal OPS statistik, walaupun OPS ke 1000, pemandu Malaysia tetap maintain samseng jalan raya. Kalau dulu hanya OPS sikap sahaja, kini ditambah dengan menara tinjau yang membabitkan kos jutaan RM, apa yang ditinjau, kadar kemalangan tetap maintain, jumlah saman tetap maintain, jumlah kematian tetap maintain. Pengalaman saya memandu dari Selangor ke Kelantan pergi balik dan ke Negeri Sembilan pergi balik, sama sahaja seperti 20 tahun dulu, bila berlaku kesesakan, maka berlakulah potong-memotong Q, garisan berkembar dan sebagainya. Paling menakutkan ialah kebanyakan pemandu memandu melebihi hadlaju yang dibenarkan walaupun pemandu tersebut sedia maklum, kelajuan boleh membunuh, seolah-olah nyawa tak bernilai.



Berlalu sahaja bulan Ramadhan, bulan puasa, kini tiba pula bulan menjamu selera, juga sebulan. Rumah terbuka yang menyediakan bermacam juadah bermula bersama datangnya Syawal. Kalau bulan puasa berat badan turun 5kg, habis sahaja bulan puasa maka berat badan pun naik semula, mungkin lebih dari 5kg. Yang menjadi dilemanya, bila kawan-kawan buat rumah terbuka, kalau tak hadhir seolah-olah memutuskan silaturrahim pula. Tak mengapalah majlis tu bagus, cuma kena pandai jaga diri jangan terlampau berselera. Saya dimaklumkan di Bandar Baru Bangi ini pun banyak rumah terbuka yang terdiri dari berbagai kumpulan, dan paling istimewa saya rasa rumah terbuka ADUN Bangi, Dr Shafie AbuBakar pada 19 Syawal 1429 ini di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Saya mesti hadhir untuk bertemu mata dengan YB, dah lama tak jumpa, saya asyik sibuk dengan kerja sendiri.

Tiada ulasan: