Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Ahli Lembaga Pengarah PKNS berhak dapat elaun RM100,000?, wow banyak tu...

SHAH ALAM - “RM100,000 yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan ‘hadiah’ seperti yang didakwa Ronnie tetapi elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah perbadanan berkenaan,” kata bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, semalam. Kata Dr Khir, beliau layak menerima elaun berkenaan seperti mana juga Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang lain. “Ia bukannya ‘hadiah’ seperti yang dikatakan. Setiap Ahli Lembaga Pengarah berhak mendapat elaun tersebut. Sebagai Pengerusi PKNS pada masa itu, saya ada hak untuk menerima elaun itu. Setiap Pengerusi PKNS berhak mendapat elaun itu termasuk Menteri Besar sekarang. Oleh itu saya fikir ia satu kenyataan berbaur politik, tidak bertanggungjawab serta tidak berasas sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, setiap elaun yang diterima telah direkodkan dalam penyata kewangan tahunan PKNS. “Malah, setiap elaun yang diberikan itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kewangan PKNS sendiri dan dirujuk kepada Kementerian Kewangan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin yang mendakwa Dr Khir menerima ‘hadiah’ berkenaan daripada PKNS

Tiada ulasan: