Kawan-kawan setia

Ahad, 16 November 2008

Bila sudah ajal tiba

Media melaporkan sdeorang pekerja zoo rakyat Malaysia, Nordin Montong, 32, dari Sarawak maut dibaham harimau putih (Harimau Benggal) di zoo Singapura, telah bersikap aneh, menjerit serta mengacah sekumpulan harimau terbabit dengan sebatang penyapu sebelum kejadian serangan itu. Pekerja lain yang bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan beliau walaupun berjaya mengawal dua ekor harimau itu, tetapi seekor lagi terus menyerang mangsa hingga membawa kepada cedera parah. Nordin dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecedera an di bahagian kepala dan leher.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

dari Allah dia datang, kepada Allah dia pergi.

ada orang nampak semacam senang berjumpa Allah.

ada orang walau kuat menghina Islam pun nampak semacam lambat lagi berjumpa Allah. mungkin Allah beri peluang untuk bertaubat kot

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Setiap manusia pasti rasakan
Satu alam yang di tetapkan
Satu alam yang di janjikan
Memisahkan Rohani dari badan

Sakaratul maut beri gambaran
Kekuatan iman dan amalan
Adakah pulang di sisi Tuhan
Atau keawangan Roh Berkeliaran

Sakaratul maut yang aku lihat
Tiada lagi bergerak jasad
Telah tempuh alam kematian
Setelah lama di alam kehidupan

Pergi ia membawa bekalan
Hanya tiga di beri Tuhan
Sedekah jariah dan amalan
Do'a anak yang beriman