Kawan-kawan setia

Ahad, 2 November 2008

Dah lah tu Ku, kapal dah uzur, pula tu tidak diperlukan..


Akhirnya selepas tiga minggu dan lebih 100 bahagian UMNO bersidang Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan tunggal dari kawasan sendiri (macam masuk bakul angkat sendiri la tu..) untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan. Pencalonan itu dibuat secara sebulat suara oleh 384 perwakilan daripada 116 cawangan yang hadir di persidangan itu yang diadakan di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini yang dirasmikan oleh Tengku Razaleigh sendiri. Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO bahagian Gua Musang ini mencalonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Memandangkan senario terkini Ku Li tidak diperlukan lagi oleh partinya, walaupun sebelah mata. Logiknya Ku Li tak perlu lagi terkial-kial membawa saranan baru kepada UMNO, perjuangan bersama UMNO sudah sampai ke penghujungnya, carilah perjuangan abadi yang sentiasa relevan untuk siapa saja..

Tiada ulasan: