Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Harga petrol, diesel naik macam roket, turun macam kura-kura

Berkuat kuasa mulai tengah malam tadi harga runcit petrol dan diesel dikurangkan lagi sebanyak 15 sen seliter buat kali keempat. Sehubungan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Ini merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak di pam sejak Ogos lepas. Penurunan ini terus membuktikan kepada rakyat bahawa sebenarnya petrol boleh diturunkan malah gembar gembur yang menyatakan negara bankrap jika petrol diturunkan adalah satu penipuan nyata terhadap rakyat. Sebab itulah DS Anwar dalam setiap ucapan beliau terus menerus yakin untuk menurunkan harga petrol dan disel jika PR memerintah Malaysia.
Jika sebelum ini peniaga-peniaga sibuk menaikkan harga barangan atas alasan petrol, macam mana sekarang?, petrol dah turun, bagaimana pula dengan harga barang keperluan, tambang pengankutan awam, bila pula nak diturunkan?.

Tiada ulasan: