Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Kes khalwat artis, akibat salah faham atau tidak menghayati ketetapan agama?

Tergerak pulak hati untuk turut serta dalam isu cinta 3 segi Norman, Abby dan Memey ni. Benar atau tidak kita serahkan kepada Allah sahaja. Mengapa saya turut serta, kerana saya perhatikan sudah menjadi lumrah syarikat-syarikat swasta di Malaysia dewasa ini bermesyuarat dan bekerja hingga pagi. Syarikat saya sendiri pun sering meneruskan mesyuarat sehingga pagi lebih-lebih lagi bila tiba musim menyiapkan "Business Plan". Ahli mesyuarat pula terdiri dari bermacam-macam peringkat, anak dara, anak teruna suami orang, lelaki, perempuan yang memang terdedah kepada fitnah jika silap tindakan. Mukadimmahnya, Islam sejak awal menekankan supaya mengelak dari fitnah, jauhi rasa curiga orang lain terhadap kita. Sikap tindak endah kepada ketetapan agama menjadi punca kepada berlaku bermacam kekeliruan. Artis adalah manusia biasa yang hidup dalam dunia fatamorgana yang dicipta sendiri. Berdasarkan berita akhbar mungkin benar dakwaan Norman dan Memey tetapi fitnah ini juga timbul berpunca dari tindakan mereka sendiri. Masyarakat pula membuat dakwaan kepada JAIS berdasarkan sikap perihatin mereka terhadap moral, ia sangat terpuji kerana masih ada lagi segelintir masyarakat yang mengambil berat isu ini. Jadi sebagai pihak yang berkuasa JAIS perlu membuang sikap prejudis terhadap artis kerana mereka manusia biasa seperti kita, bertindak secara adil dan profesional. Dalami akibat tersilap hukuman kerana impaknya adalah Norman dan keluarganya yang dimaklumi umum sedang bergolak berpunca dari sebab yang berkait mengait.
Menurut Memey beliau tidak sedar pun Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang dia tahu, setelah serbuan dibuat, barulah sedar Norman berada di aras dua pejabat itu. Pelakon dan model berusia 20 tahun itu menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.
Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.
Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya. "Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain. "Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat". Pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buat dirinya. Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu. Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi 'orang ketiga' di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi. Baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman dan Memey bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand.

Tiada ulasan: