Kawan-kawan setia

Ahad, 2 November 2008

Mana yang betul?, ke mimpi je?

Nasrudin Dahrom, 24, pemuda hebat dari Lombok yang mampu memperdaya gadis tempatan dan melarikan nya ke Lombok, terkejut mendengar pengakuan Noor Fadilah Ahmad, 18, yang menyatakan mereka bukan pasangan suami isteri dan tidak pernah bernikah selama ini. Si Nasrudin berkata mereka telah bernikah 11 Oktober di Batu Belik, Lombok Timur atas persetujuan Noor Fadilah menggunakan wali hakim. Dokumen perkahwinan?, tidak dapat dikeluarkan memandangkan Noor Fadilah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke Indionesia secara haram. Media tempatan semalam melaporkan bahawa Noor Fadilah menafikan beliau pernah bernikah dengan Nasrudin memandangkan tiada sebarang dokumen hitam putih mengenainya dan bertekad mahu melupakan pemuda itu sejak dibawa pulang ke negara ini. Nasrudin pula berkata, dia tidak rela jika keluarga Noor Fadilah cuba memisahkan mereka berdua dan tetap berpegang kepada janjinya sebelum ini untuk tidak menceraikan isterinya itu (betulke bernikah?). Mungkin logik juga Noor Fadilah ni terkena jampi dan tak sedar apa yang berlaku, sampai dia sanggup lari ke Indonesia dan setuju nikah pun tak sedar. Kalaulah benar telahan tersebut dipukau, dilarikan dan dinikah, apakah sah nikahnya. walLahu A'lam, poning den dengan gelagat warga Lombok ni. Huru hara mak bapa gadis-gadis kita di Malaysia ni.

Tiada ulasan: